Utama Perkhidmatan Doktor Kami Hubungi Hubungi Kami
Klinik Dr Mohd Ali, Bandar Pusat Jengka

Anda cari rawatan sakit telinga di Jengka?

Tahniah, anda sudah sampai ke tempat yang betul. Di sini doktor periksa telinga anda dahulu, baru tentukan rawatan, kerana bukan semua telinga tersumbat perlu dicuci.

Doktor berbincang dengan pesakit di bilik konsultasi Klinik Dr Mohd Ali Jengka
Sejak 2006Klinik keluarga di Jengka
4.9 di GoogleDaripada 245 ulasan
Walk-in diterimaTempahan hanya pilihan
Isnin–Sabtu9 pagi hingga 10 malam
PMCARE KAD KASIH MAKMUR WE CARE PUSAT DIALISIS MUIP FPMSB
Fokus Kami

Tiga masalah yang kami beri perhatian khusus

Seorang lelaki memandang baju lama di atas katil, dengan gambar dirinya memakai baju yang sama pada dinding Gambar hiasan
Program Pengurusan Berat Badan

Baju favourite 10 tahun lalu masih dalam almari? Jangan buang dulu.

Doktor kami sendiri pernah melalui perjalanan ini. Kita mulakan dengan penilaian, dan fokus kepada apa yang penting, bukan sekadar nombor pada penimbang.

  • Kurang lemak
  • Kurang inci pinggang
  • Kekalkan otot
Perkhidmatan Lain

Selain tiga fokus di atas

Servis lain yang kerap dicari di klinik.

Program Pengurusan Berat Badan

Baju lama masih menunggu. Mulakan dengan penilaian doktor.

Lihat Program

Pemeriksaan Haji & Vaksinasi Umrah

Persiapan kesihatan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Info Lanjut

Saringan Ujian Darah

Dari saringan ke pencegahan, lakukan ujian darah anda sekarang.

Info Lanjut
Tentang Klinik

Satu klinik. Dua doktor. Tiga generasi.

1 Klinik

Sejak 2006

Ditubuhkan oleh pengasasnya, Dr Mohd Ali. Satu klinik, dengan perkhidmatan mesra pelanggan dan rawatan yang konsisten untuk para pesakit.

2 Doktor

Orang lama dan orang baru

Perkhidmatan dikendalikan dua pengamal perubatan, gabungan pengalaman orang lama dan doktor yang sentiasa memperbaharui ilmu.

3 Generasi

Dalam satu keluarga

Perkhidmatan sejak lebih 20 tahun memberi manfaat sehingga tiga generasi dalam satu keluarga, dari rawatan harian kanak-kanak sehingga susulan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

4.9★

Penarafan Google daripada 245 ulasan pesakit.

100+

Perkhidmatan housecall dilaksanakan sejak 2024, apabila skop perkhidmatan diperluaskan.

Doktor Kami

Ditemani doktor yang berkelayakan

Dr Mohd Ali, Klinik Dr Mohd Ali

Dr Mohd Ali

MBChB, University of Otago, New Zealand
Bekas Pegawai Perubatan, Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan

Pengasas Klinik · 20+ Tahun Pengalaman
Dr Syahmie, Klinik Dr Mohd Ali

Dr Syahmie

Doktor Klinik

MBBS, International Medical University (IMU)

9+ tahun dalam bidang kesihatan

Special interest dalam

  • Kawalan kencing manis dan darah tinggi
  • Rawatan obesiti
  • Rawatan telinga
  • Suntikan cecair lutut
Testimoni

Apa kata pesakit kami

4.9 ★

Daripada 245 ulasan di Google

★★★★★

"Alhamdulillah... Doktor yg sangat berpengalaman dan condition klinik yg tenang mesra pesakit. Saya betul-betul puas hati dengan perkhidmatan yg diberikan dan takkan memilih klinik lain. Mertua saya yg sakit lutut pon dirawat dengan baik dan follow up disini. Terbaik...."

MOHD HARITH BIN RUSDI
★★★★★

"Service yang bagus dri klinik ini.. Pertama kali datang akak yg dkt kaunter sgt peramah, melayan segala pertanyaan dgn baik.. Doktor pula sgt cekap dan teliti. Penerangan yg tuntas dan mudah difahami.. Klinik pilihan di jengka tiada yang lain.."

Ahmad Zainollah Achmad
★★★★★

"Servis terbaik dengan doktor y cukup teliti ketika merawat pesakit...Sy cukup gembira Dan sangat berpuas hati."

haikal hykal
Lokasi & Waktu Operasi

Datang terus, kami sedia terima walk-in

No 8, Tingkat Bawah, Lorong Jed 1, Nadi Kota, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang
013 900 4775 (WhatsApp)
Isnin–Sabtu: 9:00 pagi – 10:00 malam · Ahad: Tutup
Dapatkan Arah →
Soalan Lazim

Ada persoalan?

Perlukah saya buat temujanji dulu sebelum datang?

Tidak. Majoriti pesakit kami datang terus (walk-in) tanpa temujanji. Nak lebih pasti sebelum datang, boleh tempah dulu melalui WhatsApp.

Adakah klinik ini panel insurans/syarikat saya?

Kami panel untuk Kad Kasih Makmur dan PM Care. Untuk panel lain, sila hubungi kami terus untuk semak.

Apa waktu operasi klinik?

Isnin–Sabtu, 9:00 pagi–10:00 malam. Ahad tutup.

Adakah Klinik Dr Mohd Ali berdaftar secara rasmi?

Ya. Beroperasi di bawah Baroqah Health Sdn Bhd (SSM : 202301050162).

Tempah Slot

Isi ringkas. Hantar ke WhatsApp. Staf sahkan.

Tiada sistem tempahan automatik. Borang ini menyusun maklumat anda menjadi satu mesej WhatsApp, staf klinik akan sahkan slot dengan anda.

Cadangan sahaja. Staf akan sahkan slot sebenar.
1

Anda isi borang

Tiga maklumat sahaja. Tiada pendaftaran akaun.

2

WhatsApp terbuka sendiri

Mesej sudah siap ditaip. Anda cuma tekan hantar.

3

Staf sahkan slot

Kami balas untuk sahkan tarikh dan masa sebenar.

Tak perlu tempah pun boleh. Majoriti pesakit kami datang terus tanpa temujanji, waktu buka Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 10 malam. Nak bercakap dahulu? Hubungi kami di 013 900 4775.

Datang terus, kami sedia terima walk-in.

Nak lebih pasti? Tempah dulu melalui WhatsApp.